DUB1012 : PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK E-FOLIO:
Sejauh mana penengetahuan anda mengenai dasar ekonomi baru(DEB),
jelaskan rangka rancangan jangka Panjang(RRJP) dan rancangan Malaysia(RM)
PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
NAMA AHLI KUMPULAN NO.PENDAFTARAN
1)MUHAMMAD AKMAL SYAFIQ BIN ANUAR 02DEE18F1022
2)MOHAMAD AMMIRUL ASHRAF BIN AZHAR 02DEE18F1122
3)MUHAMMAD HAMIZI BIN ABD HALIM 02DEE18F1030
4)MUHAMMAD FARID AMEERUL BIN MARZUKI 02DEE18F1066
5)ASYRAFF DANIEL BIN AHMAD MAARUF 02DEE18F1008
6)MUHAMMAD ZULHANIS BIN MOHD SENAIL 02DEE18F1110
SESI JUN 18
Isi Kandungan
Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan
2.0 Perancangan Dasar Ekonomi Baru
3.0 Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM)
3.1 Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
3.2 Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
3.3 Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970)
3.4 Rancangan Malaysia Kedua(1971-1975)
3.5 Rancangan Malaysia Ketiga(1976-1980)
3.6 Rancangan Malaysia Keempat(1981-1985)
3.7 Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)
3.8 Rancangan Malaysia Keenam(1991-1995)
3.9 Rancangan Malaysia Ketujuh(1996-2000)
3.10 Rancangan Malaysia Kelapan(2001-2005)
3.11 Rancangan Malaysia Kesembilan(2006-2010)
3.12 Rancangan Malaysia Kesepuluh(2011-2015)
3.13 Rancangan Malaysia Kesebelas(2016-2020)
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan
6.0 Lampiran
1.0 PENDAHULUAN
Rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup dengan pendekatan pembangunan negara yang terancang sejak kemerdekaan dicapai. Dasar-dasar pembangunan negara menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi bagi membolehkan rakyat mencapai kesejahteraan hidup tanpa mengira kaum. Matlamat utama pembangunan negara adalah supaya semua rakyat mendapat faedah dan Bersama sama menikmati hasil pembangunan tersebut. Perancangan pembangunan bagi sesebuah negara memainkan peranan
penting dalam memastikan setiap rakyat mampu menikmati dan merasai
pembangunan tersebut. Pembangunan hartanah perumahan juga tidak terkecuali
dimana pelbagai konsep perumahan telah diperkenalkan dalam memenuhi keperluan
dan kehendak setiap pembeli. Begitu juga dengan negara kita, terdapat pelbagai
konsep perumahan yang diketengahkan dalam memastikan keselesaan rakyat
terjamin disamping memberi kepuasan kepada semua pihak. Kerajaan bertanggungjawab menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan mempertingkatkan kemajuan negara dan perkembangan ekonomi sebagai suatu tanggungjawab yang berterusan. Sesebuah negara tersebut dapat mencapai
kemajuan dari pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,
perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal dan kebendaan. Pembangunan akan
berubah dari masa ke semasa dengan begitu cepat
dan pesat mengikut peredaran zaman.
2.0 PERANCANGAN DASAR EKONOMI BARU
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. Rancangan Pembangunan Negara meliputi Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. Rancangan Pembangunan Negara meliputi Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
3.0 RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA(RM)
Dalam era Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama(RRJP1). Peringkat seterusnya ialah pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2), Tempoh RRJP2 merupakan permulaan satu era kearah membentuk Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) usaha negara mencapai Wawasan 2020. Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan
Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman
pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima
tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga
1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961
hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini
telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama
bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum
tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali
ini dan seterusnya adalah untuk seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
3.1 RANCANGAN MALAYA PERTAMA(1956-1960)
Pemimpin negara kita
telah banyak buat perancangan demi memajukan ekonomi negara. Rancangan pertama
yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah Rancangan Malaya Pertama iaitu semasa
tahun 1956 sehingga tahun 1960. Objektif rancangan ini dikeluarkan adalah untuk
memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar
serta mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Maklamat kedua adalah untuk
mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor
tertentu seperti timah dan getah. Dengan laksanakan rancangan , kerajaan telah
menumbuhkan pelbagai agensi seperti Rural Industrial Development
Authority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) demi memajukan
ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar
bandar.
3.2 RANCANGAN MALAYA KEDUA(1961-1965)
Rancangan Malaya kedua telah mencapai beberapa kemajuan ke arah perancangan yang lebih menyeluruh. Pertamanya, rancangan ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia. Kedua, Rancangan Malaya kedua telah menggunakan kedua-dua strategi perancangan dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar serta penyertaan rakyat di dalam proses perancangan dan pelaksanaan.
Peruntukan pembangunan telah ditambah sebanyak RM2,150 juta iaitu hampir dua kali ganda peruntukan RM1. Ketiga, beberapa perubahan telah dibuat di dalam Rancangan Malaya kedua ini, iaitu bagi pertama kalinya satu kajian yang menyeluruh telah dibuat terhadap perkembangan ekonomi negara untuk beberapa tahun sebelumnya. Satu analisis yang mendalam mengenai kedudukan ekonomi, mengenal pasti masalah yang timbul dan tindakantindakan untuk mengatasi masalah tersebut telah diadakan. Selanjutnya anggaran kasar pelaburan sektor awam terhadap pendapatan negara dan imbangan pembayaran juga telah dibuat.
Dari segi pencapaiannya, purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 ialah sebanyak 6.4% setahun. Daripada segi perbelanjaan pembangunan pula, sektor awam telah membelanjakan sebanyak RM2,650 juta yang telah diperuntukkan bagi tempoh RM2. Perbelanjaan pembangunan sebenar sektor swasta adalah RM2,900 juta, iaitu seperti yang telah dirancangkan
Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP), pembangunan negara telah diasaskan kepada suatu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Rancangan Malaysia Pertama ini juga telah menentukan arah pembangunan dan matlamat-matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh rancangan lima tahun. Pembaharuan lain yang terdapat dalam rancangan ini termasuklah program tenaga manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program ke atas tiap-tiap sektor ekonomi.
Di samping itu RMP, juga menekankan aspek integrasi di kalangan penduduk dan negeri-negeri di dalam Malaysia dengan menggubal satu rancangan pembangunan khusus bagi meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMP melibatkan peruntukan pembangunan sebanyak RM10,500 juta iaitu RM4,550 juta daripada sektor awam dan RM5,950 juta daripada sektor swasta.
Pelaksanaan RMP pula lebih menjurus ke arah pembasmian kemiskinan di kalangan penduduk. Melihat kepada bancian penduduk tahun 1970 yang telah dijalankan, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14% lagi di kawasan bandar.
Rancangan Malaysia
yang kedua telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 sehingga
tahun 1975. Faktor rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mengatasi dan
memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian
peristiwa 13 Mei 1969. Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan juga
telah menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam
perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dengan
menutut kepada Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia. Rancangan ini dibuat dengan perkenalkan DEB( Dasar Ekonomi Baru)
dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia
bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi bagi mengelakkan
peristiwa darah antara kaum berlaku lagi.RKM2 ini berfungsi
untuk meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran
utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu. Satu lagi kejayaan
rancangan ini ialah kerajaan telah menumbuhkan Petroleum National Berhad
(PETRONAS) pada tahun 1974. Kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar
(Gross Domestic Product) telah meningkat sebanyak 7.4% setahun, iaitu lebih
tinggi daripada jangkaan iaitu 6.8% setahun. Selain itu juga dapat pertumbuhan
dalam beberapa sektor utama seperti pertanian sebanyak 25%, sektor pembuatan
sebanyak 19.3%, sektor perdagangan sebanyak 14.4% dan sektor lain-lain sebanyak
10.15%.
3.5 RANCANGAN MALAYSIA KETIGA(1976-1980)
Pada tahun 1976
Rancangan Malaysia tiga telah diperkenalkan. Rancangan ini merupakan peringkat
kedua perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maklamat untuk rancangan ini adalah
untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan
bandar-bandar baharu di sekitar Malaysia. Objektif rancangan ini memberikan
penekanan yang banyak kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara. Dengan
melaksanakan rancangan ini kerajaan telah menumbuhkan 28 buah bandar baru di
bawah rancangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), DARA pada tahun 1980. Selain itu,
tanaman getah dan kelapa sawit telah dipertingkatkan oleh kerajaan Malauysia
dengan tujuan ekspot untuk menambahkan pendapatan negara. Justeru, badan-badan
berkanun seperti MARA,FELDA,Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan National
Berhad (PERNAS),Urban Development Authority of Malaysia (UDA) dan RISDA
meneruskan usaha-usaha pembangunan negara. RMK3 ini telah berjaya meningkatkan
kadar perkembangan ekonomi negara kepada 8.6%setahun. Kadar
pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%. Kadar kemiskinan di negara
telah menurun kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38%
berbanding 59% pada tahun 1970 sebelum ini.
3.6 RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT(1981-1985)
Rancangan Malaysia Keempat merupakan satu lagi langkah utama bagi mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara. Di bawah rancangan ini kerajaan merangka pelbagai program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini.
RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagaibagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran. Namun begitu, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ini adalah sejumlah
RM40 ribu juta. Daripada jumlah ini 57.9 peratus diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8 peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13.8 peratus, pengangkutan sejumlah 10.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3 peratus, pelajaran dan latihan sejumlah 7.6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1 peratus
RM40 ribu juta. Daripada jumlah ini 57.9 peratus diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8 peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13.8 peratus, pengangkutan sejumlah 10.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3 peratus, pelajaran dan latihan sejumlah 7.6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1 peratus
3.7 RANCANGAN MALAYSIA KELIMA(1986-1990)
Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan. Dengan berakhirnya RMK5, maka tamatlah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1)
3.8 RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)
RMK ke 6 merupakan
sambungan daripada RMK 5 dengan matlamat yang menjadi fokus adalah mengekalkan
momentum pembangunan pesat ekonomi negara malah pada sesi ini, pengurusan
dititik beratkan agar berjaya mengurus kejayaan ekonomi negara supaya
matlamat pembangunan seimbang tercapai. Kerajaan menggalakkan pelibatan sektor
swasta dengan menyegerakan program penswastaan untuk elak perbelanjaan
produktif. Dasar liberalisasi dikekalkan bagi meningkatkan pelaburan asing
(FDI). Kerajaan turut mengambil inisiatif dengan mengubah struktur industri
sedia ada kepada yang teknologi yang lebih canggih dengan harapan keluaran
tempatan lebih bermutu. Kerajaan juga telah mengekalkan dasar
liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim
pelaburan di Malaysia. Strategi bagi mencapai RMK6 adalah:
Meningkatkan daya kecekapan dan daya saing ekonomi
- Menggalakan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan
- Mengurangkan penglibatan sektor awam
- Menjamin pertumbuhan ekomi stabil
- Mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan yang baik
- Memajukan program pembangunan industri dan penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan produktiviti bermutu tinggi
- Mengukuhkan pasaran modal dan kewangan bagi meningkatkan tabungan negeri
3.9 RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(1996-2000)
Pertubuhan ekonomi seimbang masih lagi menjadi fokus. Namun, masyarakat luar
tidak dipinggirkan. Mereka diberi keutamaan dan mendapat agihan pendapatan. Malah,
kerajaan turut melihat kepada peningkatan guna tenaga, pendidikan dan latihan yang
berterusan. Pembangunan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan infrastruktur
ditekankan dan penswastaan dipergiat. Kerajaan melaksanakan beberapa projek mega
untuk menjana pendapatan seperti KLIA, MEASAT dan perkukuhan hunbungan diplomatik
dengan negara jiran iaitu program hubungan Kedua Malaysia-Singapura. Dibawah
pembangunan kemasyarakatan, kerajaan telah menyediakan kemudahan bagi golongan
miskin dan menjalan projek petempatan semula setingga, PPRT dan banyak lagi. Bagi
memenuhi hasrat untuk petingkatkan pendidikan, kerajaan telah menambah peluang
pendidikan dengan membina university/ IPT yang baru. Dengan rancangan ini Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDKK) telah meningkat sebanyak 4.7%setahun, melepasi sasaran
yang ditetapkan iaitu 3.0%. Kadar penggangguran pula telahkekal pada paras yang rendah
iaitu 3.0%, manakala Indek Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000.
tidak dipinggirkan. Mereka diberi keutamaan dan mendapat agihan pendapatan. Malah,
kerajaan turut melihat kepada peningkatan guna tenaga, pendidikan dan latihan yang
berterusan. Pembangunan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan infrastruktur
ditekankan dan penswastaan dipergiat. Kerajaan melaksanakan beberapa projek mega
untuk menjana pendapatan seperti KLIA, MEASAT dan perkukuhan hunbungan diplomatik
dengan negara jiran iaitu program hubungan Kedua Malaysia-Singapura. Dibawah
pembangunan kemasyarakatan, kerajaan telah menyediakan kemudahan bagi golongan
miskin dan menjalan projek petempatan semula setingga, PPRT dan banyak lagi. Bagi
memenuhi hasrat untuk petingkatkan pendidikan, kerajaan telah menambah peluang
pendidikan dengan membina university/ IPT yang baru. Dengan rancangan ini Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDKK) telah meningkat sebanyak 4.7%setahun, melepasi sasaran
yang ditetapkan iaitu 3.0%. Kadar penggangguran pula telahkekal pada paras yang rendah
iaitu 3.0%, manakala Indek Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000.
3.10 RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN(2001-2005)
Dasar dan strategi Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) berteraskan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang memberi penekanan kepada pembangunan berkualiti ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pada awal RMK-8, ekonomi dunia mengalami pertumbuhan lembap berikutan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan kejatuhan permintaan keluaran elektronik dunia serta ditambah dengan serangan 11 September 2001. Prestasi ekonomi keseluruhan terus lembap sehingga separuh kedua 2003 disebabkan pencerobohan ke atas Iraq dan merebaknya Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) di rantau ini. Bagaimanapun, selepas peristiwa-peristiwa itu, pertumbuhan ekonomi dunia tetap teguh walaupun harga minyak mentah meningkat sejak separuh kedua 2004. Ekonomi Malaysia terus mengekalkan pertumbuhan dalam tempoh RMK-8 berikutan pengukuhan asas ekonomi makro dan peningkatan daya tahan hasil pengalaman menghadapi krisis kewangan Asia.
Kejayaan yang dicapai meliputi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga sebenar sebanyak 4.5 peratus, melebihi sasaran Kajian Separuh Penggal RMK-8. Peningkatan Keluaran Negara Kasar (KNK) perkapita pada harga semasa sebanyak 5.7 peratus setahun kepada RM17,687 pada tahun 2005. Pertumbuhan secara meluas dengan hampir semua sektor menyamai atau mengatasi sasaran Kajian Separuh Penggal RMK-8. Pertumbuhan eksport kukuh menghasilkan pertambahan lebihan dagangan sebanyak 61.4 peratus dan meningkat lebihan imbangan pembayaran dan rizab antarabangsa sebanyak dua kali. Inflasi rendah pada kadar purata 1.8 peratus setahun dalam tempoh RMK-8. Kadar pengangguran rendah iaitu 3.5 peratus pada akhir tahun 2005. Peningkatan kepada aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor utama. Penambahbaikan persekitaran perniagaan termasuk peningkatan penawaran pekerja mahir, keupayaan infrastruktur fizikal lebih tinggi dan insentif pelaburan lebih baik.
Pertumbuhan ekonomi yang stabil membolehkan pencapaian beberapa matlamat sosioekonomi antaranya kadar kemiskinan berkurangan dari 8.5 peratus pada tahun 1999 kepada 5.7 pada 2004. Kadar kemiskinan tegar berkurangan dari 1.9 peratus kepada 1.2 peratus. Pendapatan isi rumah purata meningkat kepada 5.6 peratus setahun melebihi pertumbuhan KDNK pada harga sebenar. Semua Matlamat Pembangunan Milenium dicapai lebih awal dari tahun 2015 yang disasarkan kecuali dalam pengurangan HIV/AIDS. Kemajuan ketara dalam penyediaan kemudahan perumahan, perkhidmatan, kesihatan dan kemudahan asas. Sungguhpun beberapa matlamat sosioekonomi dicapai, jurang pendapatan antara luar bandar dengan bandar semakin merengang
Tumpuan kepada
permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan
kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.Ini kerana kerajaan ingin memastikan pengagihan ekonomi yang saksama agar usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar dapat dipertingkat. Melalui agihan yang saksama, ia juga membantu meningkatkan ekuiti bumiputera seterusnya pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB). Malah kerajaan turut menggalakkan pernyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Kerajaan juga telah merancakkan program penswastaan dalam Rancangan peringkat ini.RMK-9 mempunyai lima teras iaitu:
kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.Ini kerana kerajaan ingin memastikan pengagihan ekonomi yang saksama agar usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar dapat dipertingkat. Melalui agihan yang saksama, ia juga membantu meningkatkan ekuiti bumiputera seterusnya pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB). Malah kerajaan turut menggalakkan pernyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Kerajaan juga telah merancakkan program penswastaan dalam Rancangan peringkat ini.RMK-9 mempunyai lima teras iaitu:
Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.
Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif
Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.
Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.
Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.
Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.
3.12 RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH(2011-2015)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi 10-6-2010.RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Intipati RMK10:
* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
* RMK10: 10 PREMIS UTAMA
Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.
Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK
Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.
Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka
* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka
3.13 RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS(2016-2020)
Rancangan Malaysia Kesebelas (RM-11),2016-2020,merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek ,iaitu ekonomi,politik,sosial,kerohanian,psikologi dan budaya menjelang tahun 2020.Selepas daripada pencapaian pembangunan yang cermelang dalam tempoh separuh dekad yang lalu,RM ke-11 mengukuhkan lagi kotmimen kerajaan untuk mencapai pertumbuhan bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.RM ke-11 berteraskan prinsip"Bangsa Malaysia"yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.
Program Transformasi Nasional merupakan falsafah dan tunjang utama bagi merealisasikan RMK11. Justeru, RMK11 telah menyediakan enam strategi tumpuan :
* Pertama Memperkukuh insklusiviti ke arah masyarakat saksama
* Kedua Meningkatkan kesejahteraan rakyat
* Ketiga Meningkatkan pembangunan modal insan untuk Negara maju
* Keempat Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing
* Kelima Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
* Keenam Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
4.0 KESIMPULAN
Tegasnya,kerajaan Malaysia telah
mengambil inisiatif yang sangat bersungguh-sungguh untuk mengangkat ekonomi
negara ke tahap yang paling maksima.Biarpun begitu , kerajaan juga sangat
mengambil kira kesan jangka masa pendek dan panjang terhadap sesuatu
pelaksanaan dasar pembangunan tersebut.Justeru ,tidak hairanlah aspek
pembasmian kemiskinan,peningkatan KDNK dan taraf ekonomi seisi rumah
dibanguunkan seiring dengan penyusunan semula masyarakat dan agihan ekonomi
yang seimbang antara semua kaum,masyarakat dan juga kawasan.
Semua dasar pembangunan yang digubal
oleh kerajaan merupakan satu garis panduan yang amat penting dalam membentuk
sahsiah peribadi manusia dalam negara dan juga menjamin perpaduan sekali gus
keharmonian rakyat.Dasar-Dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan
yang saksama,menitikberatkan nilai kemanusiaan , bertolak ansur sesame kaum dan
jantina,malahan meletakkan negara dengan satu identiti yang tersendri di mata
dunia.Walau bagaimanapun , keberkesanannya amat bergantung kepada penghayatan
rakyat negara terhadap setiap dasar yang digubal tersebut.
5.0 RUJUKAN
1.Buku Pengajian Malaysia-Pegarang (Normurni Mohamad)
(Razana Fatin Abdullah @ Razali)
(Mohammad Faizal Bin Ahmat)
-Penerbit (Oxford FAjar Sdn Bhd.)
-Tempat terbit (Oxford Fajar Sdn. Bhd (008974-T)
4 Jalan Pemaju U1/15, Syeksen U1
Hicom-Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.)
-Tahun terbit 2016
2.https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
3.http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm
4.https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia
5.https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesebelas
6.0 LAMPIRAN
Muhammad Akmal Syafiq bin Anuar









